Monday, May 30, 2016

Madhi pergi...

Kami akan sentiasa merindui kau W Mohd Madhi..

28 May 2016

Saturday, March 5, 2016

I'm a home-tuition teacher! =D

Last year, aku berdoa supaya Allah bagi aku permanent job. Walaupun masa tu dalam stage writing thesis. Minta punya minta ada satu je yang sangkut. Tapi disebabkan syarat pemakaian, aku tolak kerja tu. Buntu jugak. Sampai bila nak harap duit parents? Aku da umur 25. Stress, gelisah, risau semua adalah. Dengan living cost kat Selangor yang sangat tinggi. Pernah terfikir nak angkut bab balik kampung je, tapi balik kampung banyak lagi benda stress menanti. Jadi aku prefer stress di bandar. Hehe

2016, aku buat keputusan. Aku perlu buat sesuatu. Kerja sendiri. Nak berniaga? memang aku tak pandai dan tak ada modal. Pilihan yang aku ada, dan aku yakin aku mampu buat ialah mengajar. Dulu aku sekadar prefer mengajar mengaji quran. Sebab tak perlu kejar silibus macam subjek sekolah. Tapi kali ni, aku cabar diri aku. Ambil je mana peluang yang datang.

Rezeki abang lab kenalkan seorang ayah yang mencari ustazah untuk anak-anak dia, dengan syarat boleh mengajar mengaji dan agama dalam bahasa inggeris. Phewww... Akak memang suka makan western, tapi akak tak mampu speaking berhabuk macam kakak saleh~~
Tapi aku buat je. Alhamdulillah so far so good. Tapi sayangnya disebabkan anak murid aku susah nak faham bahasa melayu (campur malas belajar) aku sekadar mampu mengajar basic parts sahaja. Nak ajar according to text book memang terlalu mencabar sebab jawi=bahasa melayu. Kalau suruh jawab exam pun, haruslah tak mampu nak menjawab dalam bahasa melayu. Macam mana? Nak menangis dengar dia menjawab markah agama 0. Zero! Tapi positive nya, sekurang-kurangnya dia tahu solat, bacaan solat walaupun dalam stage menghafal, tapi ada peningkatan. Aku tak sedap duduk kot kalau bapak dia bayar aku free-free je tanpa ada peningkatan kat anak-anak dia.

Alhamdulillah rezeki lagi apabila sepupu aku membuka pusat tuition kat kota damansara. Subjek sains, biology memang aku cover. Cuma bila ajar subjek macam ni, kena ada usaha untuk study supaya pelajar faham apa yang di ajar. Student pun walaupun ada yang kalau kira anak-anak orang kaya (kota damansara kan~~), adab sangatlah baik... tak ada lah berlagak. Sebab aku pernah jumpa pelajar yang biadap, yang gayanya macam nak tunjuk, "parents aku yang bayar kau. suka hati aku la".


Rezeki dari Allah, sepupu aku kenalkan seorang kakak ni. yang mencari ustazah untuk ajar mengaji dan agama. Disebabkan tempat mengajar yang agak jauh, yuran pun akan jadi agak mahal. Kadang-kadang ada ibu bapa yang berkira bab mengaji Quran. Tuition bayar beratus sanggup...tapi nak bayar mengaji rm30 sejam pun berkira la hai...tapi berbeza dengan kakak ni, dia sangat concern pasal education anak dia. Aku mengajar 2 jam pada satu sesi, 2x seminggu. Baloi walaupun pergi jauh. Yang menariknya, rumah dia memang woww... aku terkedu kot time mula-mula masuk rumah dia. Walaupun kondo, tapi dengan 5 bilik tidur kot, dengan ruang tamu yang luas, bilik bibik ada air cond, memang buat aku fikir, is this rich kid in KL? hahahahahaa...tapi orangnya sangat humble. even dia sanggup bayar upah supaya aku ajar bibik dia mengaji. rupanya saudara rapat syed bukhari, jutawan kat Kedah...patutlah kan.hehehe...

Since kakak aku ialah nurse, and mostly kawan-kawan dia dah berumur dan beranak-pinak, adalah aku minta tanyakan kot-kot ada yang nak cikgu. Alhamdulillah, ada yang nak. Tapi awal-awal lagi aku dah diberi amaran, yang anak akak ni susah nak control. Kat rumah kakak ni aku mengajar matematik darjah 4. Pengenalan kelas, sangatlahhhhh teruk.. Anak akak ni memang rebel. tak nak belajar. aku datang, dia buat tak tau je. baring depan sofa, tengok kartun, aku tercongok kat luar rumah lama jugak (sebab mak dia tengah mandi). bila aku masuk, aku tunggu dekat meja belajar pun, dia buat tak tahu. bila dipanggil dengan malasnya bangun. okay ni sangat lain macam. Bila aku minta buat latihan, dia main-main. Bila aku minta adik dia perlahankan TV, dia cakap kuatkan. Bila aku check jawapan dia, memang kelaut lah. Maka, aura singa aku keluarlah. Bergegar satu rumah dengan suara aku. Menangis merayu dekat mak ayah dia tak nak belajar pun, keluar cahaya laser dari mata aku dengan pandang tepat kat mata dia, memang terduduklah dia kat meja belajar tu. Selagi tak siap latihan, jangan harap boleh bangun. Selamat kena ceramah dengan aku pasal adab dengan cikgu tahu. Nasibla mak ayah dia tahu perangai anak dia macam tu, diorang memang berada pada side aku. Nasiblah mula-mula dapat home-tutor, kau dapat yang garang macam singa!
So perjanjian dibuat, kalau dia buat perangai elok-elok, aku akan mengajar elok-elok.
Ajaibnya minggu seterusnya aku datang, dia sambut aku kat muka pintu, bersalam dan belajar elok-elok. siapa kata menyinga tu tak bagus?hahahahahahaha
Challenging oi jadi cikgu!

Lastly, aku mengajar dua orang pelajar form 2 dekat Desa Coalfield. yang ni boleh tahan la mulut becok. awalnya aku tak selesa mengajar diorang, sebab selain sains, aku kena ajar english. English?? OMG! aku tak pandai sangat kot! Aku terfikir untuk berhenti mengajar diorang sebenarnya. Sebab english. ceh... tapi tiba-tiba datang dalam kepala aku, kenapa nak takut ajar english? then bila aku fikir balik, aku tak ada effort pun untuk study subjek ni berbanding subjek sains and biology. effort tak ada nak expect apa kan? of course mengajar pun terkial-kial. So aku buat keputusan, study lah! Alhamdulillah, segalanya menjadi lebih baik =)

Awal-awal dulu kan, aku selalu lupa niat, buat semua ni biar kerana Allah. Aku pulak macam dok fikir, gaji banyak ni, banyak tu... at the end rasa penat je.
Tapi bila perbetul niat kerana Allah. aku happy. aku enjoy dengan apa yang aku buat. Memang penat, tapi aku suka. Mungkin Allah tak aturkan aku untuk dapat permanent job dekat mana-mana syarikat, tapi Allah aturkan aku sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah

p/s:aku tulis blog ni, supaya satu hari nanti bila aku baca balik blog aku, aku ingat apa aku pernah buat dalam hidup ni =)

Thursday, December 31, 2015

Appreciation Post 2015


Hari ni 1 Januari 2016. First day of the year.

This post specially dedicate to some people who color my life in 2015, as a memory for me so that when I read again my blog at my old age, I will smile and remember them throughout my life =)

So the first person come across into my mind is Nurul Ainaa Sanusi. Siapa sangka perkenalan di zaman matrik berlanjutan sampai hari ni. Di zaman matrik, dia teman aku tengok bola.. Teman stress sebab tak faham maths. Tukang tadah telinga dengar aku punya masalah, teman main skuasy dan macam-macam lagi. Walaupun kami ke universiti berbeza, dengan bidang lain-lain, jarang berhubung, jarang jumpa tapi deep inside our heart we have a special place for each other. Ainaa dah selamat kahwin last year. With a very good guy. Alhamdulillah..Ada satu masa, aku macam ada bad impression towards kawan-kawan yang dah kahwin. Heheheh.. They will ignore me since they are too busy with their husband. Sobs.. Tapi Ainaa bukan macam tu. Aku tak pernah rasa hilangnya seorang kawan. This girl is too special. Irreplaceable. May Allah bless her. Forever.
Psstt…… we both have a dream. To travel again together, with our life partner. Insya Allah ;)



Secondly is Noor Farhana Bachek. Sebenarnya kitorang kenal sejak first year degree. Tapi kitorang jadi sangat rapat sejak duduk serumah apabila sama-sama sambung buat master. Tak tahu kenapa, dalam ramai-ramai housemates, dia yang buat aku rasa selesa, rasa boleh percaya, boleh kongsi rahsia and macam-macam lagi. Bila stress, petang-petang aku duduk kat taman area rumah sewa. Berlunjur kaki atas rumput, sambil usha-usha kak B bermain. Bercerita kisah paper kena reject. Tahu tak, news paper/journal accepted is really meaningful for us. Ingat senang ke nak buat research paper?huuuu.. Ana sekarang sedang menanti viva. Hopefully both of us will graduate together next year. Ada rezeki sambung phD. Lepas tu sama-sama la menadah telinga bercerita kisah sedih projek tersangkut, paper kena reject and so on.hahhahaa..tapi ape pun, all those bitter memories will turn into sweet memories one day. When we both pass the trial. Ye dak Na? Anyway semoga Ana dikurniakan jodoh yang baik-baik. Pass viva dengan bergaya dan buat phD dengan lancarnya.

Kak B wakil ana =P


Third, Nur ‘Ain Najwa Mohd Noor. Ni teman seperjuangan kat institute halal. Tunggang terbalik dengan research masing-masing. We support each other. Overnight kat lab sama-sama. Teman try makanan baru. Teman curi-curi travel ke Langkawi. Special tentang ain ni, everyone around her will be happy. Sebab dia most of the time happy, jarang cakap pasal bad and negative things. Senang tegur orang. Sebab tu dia senang ngam dengan staff nak dibandingkan dengan aku.hehehehe. Insya Allah Ain bakal tamatkan zaman bujang tak lama lagi. Life is so unexpected. But Allah always be the best planner. For all of us =)


Ramai lagi sebenarnya yang special. Tapi ketiga-tiga orang ni teramat bermakna dalam perjalanan hidup 2015. Welcome 2016! =)



Monday, December 28, 2015

Dah doa untuk orang tersayang? ;)

I was scrolling Instagram when I saw this:

“I find it really beautiful when someone prays for you without you knowing. I don’t think there’s any form of deeper and purer love.”
-thegoodquote-

Well, in Islam, we are encouraged to pray for people, without them knowing it. Insya Allah the dua will be granted by Allah.

But sometimes, in my case, I forgot to pray for the people that I love.

Hmmm. Itulah. Ramai orang yang kita sayang sebenarnya. Tapi kadang-kadang lupa. Kita senang je cakap,

“kaulah kawan aku dunia akhirat wey”
“aku sayang ko wey”

Tapi ada tak doakan dia? Doa yang spesifik? Kalau kita rapat dengan orang tu, kita tahu apa yang dia nak, apa yang dia suka, apa masalah dia. Tapi doa kita kadang-kadang tertinggal semua tu.

So jangan rushing after solat. Doa panjang-panjang, sebut satu-satu orang yang kita sayang. Gituwww =)

Monday, November 30, 2015