Saturday, March 5, 2016

I'm a home-tuition teacher! =D

Last year, aku berdoa supaya Allah bagi aku permanent job. Walaupun masa tu dalam stage writing thesis. Minta punya minta ada satu je yang sangkut. Tapi disebabkan syarat pemakaian, aku tolak kerja tu. Buntu jugak. Sampai bila nak harap duit parents? Aku da umur 25. Stress, gelisah, risau semua adalah. Dengan living cost kat Selangor yang sangat tinggi. Pernah terfikir nak angkut bab balik kampung je, tapi balik kampung banyak lagi benda stress menanti. Jadi aku prefer stress di bandar. Hehe

2016, aku buat keputusan. Aku perlu buat sesuatu. Kerja sendiri. Nak berniaga? memang aku tak pandai dan tak ada modal. Pilihan yang aku ada, dan aku yakin aku mampu buat ialah mengajar. Dulu aku sekadar prefer mengajar mengaji quran. Sebab tak perlu kejar silibus macam subjek sekolah. Tapi kali ni, aku cabar diri aku. Ambil je mana peluang yang datang.

Rezeki abang lab kenalkan seorang ayah yang mencari ustazah untuk anak-anak dia, dengan syarat boleh mengajar mengaji dan agama dalam bahasa inggeris. Phewww... Akak memang suka makan western, tapi akak tak mampu speaking berhabuk macam kakak saleh~~
Tapi aku buat je. Alhamdulillah so far so good. Tapi sayangnya disebabkan anak murid aku susah nak faham bahasa melayu (campur malas belajar) aku sekadar mampu mengajar basic parts sahaja. Nak ajar according to text book memang terlalu mencabar sebab jawi=bahasa melayu. Kalau suruh jawab exam pun, haruslah tak mampu nak menjawab dalam bahasa melayu. Macam mana? Nak menangis dengar dia menjawab markah agama 0. Zero! Tapi positive nya, sekurang-kurangnya dia tahu solat, bacaan solat walaupun dalam stage menghafal, tapi ada peningkatan. Aku tak sedap duduk kot kalau bapak dia bayar aku free-free je tanpa ada peningkatan kat anak-anak dia.

Alhamdulillah rezeki lagi apabila sepupu aku membuka pusat tuition kat kota damansara. Subjek sains, biology memang aku cover. Cuma bila ajar subjek macam ni, kena ada usaha untuk study supaya pelajar faham apa yang di ajar. Student pun walaupun ada yang kalau kira anak-anak orang kaya (kota damansara kan~~), adab sangatlah baik... tak ada lah berlagak. Sebab aku pernah jumpa pelajar yang biadap, yang gayanya macam nak tunjuk, "parents aku yang bayar kau. suka hati aku la".


Rezeki dari Allah, sepupu aku kenalkan seorang kakak ni. yang mencari ustazah untuk ajar mengaji dan agama. Disebabkan tempat mengajar yang agak jauh, yuran pun akan jadi agak mahal. Kadang-kadang ada ibu bapa yang berkira bab mengaji Quran. Tuition bayar beratus sanggup...tapi nak bayar mengaji rm30 sejam pun berkira la hai...tapi berbeza dengan kakak ni, dia sangat concern pasal education anak dia. Aku mengajar 2 jam pada satu sesi, 2x seminggu. Baloi walaupun pergi jauh. Yang menariknya, rumah dia memang woww... aku terkedu kot time mula-mula masuk rumah dia. Walaupun kondo, tapi dengan 5 bilik tidur kot, dengan ruang tamu yang luas, bilik bibik ada air cond, memang buat aku fikir, is this rich kid in KL? hahahahahaa...tapi orangnya sangat humble. even dia sanggup bayar upah supaya aku ajar bibik dia mengaji. rupanya saudara rapat syed bukhari, jutawan kat Kedah...patutlah kan.hehehe...

Since kakak aku ialah nurse, and mostly kawan-kawan dia dah berumur dan beranak-pinak, adalah aku minta tanyakan kot-kot ada yang nak cikgu. Alhamdulillah, ada yang nak. Tapi awal-awal lagi aku dah diberi amaran, yang anak akak ni susah nak control. Kat rumah kakak ni aku mengajar matematik darjah 4. Pengenalan kelas, sangatlahhhhh teruk.. Anak akak ni memang rebel. tak nak belajar. aku datang, dia buat tak tau je. baring depan sofa, tengok kartun, aku tercongok kat luar rumah lama jugak (sebab mak dia tengah mandi). bila aku masuk, aku tunggu dekat meja belajar pun, dia buat tak tahu. bila dipanggil dengan malasnya bangun. okay ni sangat lain macam. Bila aku minta buat latihan, dia main-main. Bila aku minta adik dia perlahankan TV, dia cakap kuatkan. Bila aku check jawapan dia, memang kelaut lah. Maka, aura singa aku keluarlah. Bergegar satu rumah dengan suara aku. Menangis merayu dekat mak ayah dia tak nak belajar pun, keluar cahaya laser dari mata aku dengan pandang tepat kat mata dia, memang terduduklah dia kat meja belajar tu. Selagi tak siap latihan, jangan harap boleh bangun. Selamat kena ceramah dengan aku pasal adab dengan cikgu tahu. Nasibla mak ayah dia tahu perangai anak dia macam tu, diorang memang berada pada side aku. Nasiblah mula-mula dapat home-tutor, kau dapat yang garang macam singa!
So perjanjian dibuat, kalau dia buat perangai elok-elok, aku akan mengajar elok-elok.
Ajaibnya minggu seterusnya aku datang, dia sambut aku kat muka pintu, bersalam dan belajar elok-elok. siapa kata menyinga tu tak bagus?hahahahahahaha
Challenging oi jadi cikgu!

Lastly, aku mengajar dua orang pelajar form 2 dekat Desa Coalfield. yang ni boleh tahan la mulut becok. awalnya aku tak selesa mengajar diorang, sebab selain sains, aku kena ajar english. English?? OMG! aku tak pandai sangat kot! Aku terfikir untuk berhenti mengajar diorang sebenarnya. Sebab english. ceh... tapi tiba-tiba datang dalam kepala aku, kenapa nak takut ajar english? then bila aku fikir balik, aku tak ada effort pun untuk study subjek ni berbanding subjek sains and biology. effort tak ada nak expect apa kan? of course mengajar pun terkial-kial. So aku buat keputusan, study lah! Alhamdulillah, segalanya menjadi lebih baik =)

Awal-awal dulu kan, aku selalu lupa niat, buat semua ni biar kerana Allah. Aku pulak macam dok fikir, gaji banyak ni, banyak tu... at the end rasa penat je.
Tapi bila perbetul niat kerana Allah. aku happy. aku enjoy dengan apa yang aku buat. Memang penat, tapi aku suka. Mungkin Allah tak aturkan aku untuk dapat permanent job dekat mana-mana syarikat, tapi Allah aturkan aku sesuatu yang lebih baik. Alhamdulillah

p/s:aku tulis blog ni, supaya satu hari nanti bila aku baca balik blog aku, aku ingat apa aku pernah buat dalam hidup ni =)

No comments:

Post a Comment